Refleksi

Refleksi Kumpulan


Nurdiyana Abd Latif (G 1026586)


Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendidikan dalam pembentukan diri seseorang adalah amat tinggi pada masa kini. Hal ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti sumber kewangan yang mencukupi, tahap pemikiran ibu bapa yang tinggi, peluang mendapatkan ilmu dan lain-lain. Walaubagaimanapun, menurut pemerhatian saya, masyarakat hanya memandang kepada kuantiti lebih berbanding kepada kualiti kejayaan seseorang itu. Buktinya apabila kita melihat ramai ibu bapa yang sibuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen agar anak-anak mereka memperoleh banyak 'A' dalam peperiksaan yang di ambil, pihak sekolah sibuk menggesa para guru menghabiskan silibus dalam tempoh yang ditetapkan sedangkan para pelajar belum mampu menguasai topik sebelumnya dan beberapa isu lain yang serius. Hasilnya, para pelajar yang lahir daripada sistem pendidikan ini adalah pelajar yang cemerlang akademiknya di atas kertas tetapi secara praktikal termasuk adab dan tingkah lakunya amat mendukacitakan sekali. Bagi saya tiada nilai pada diri seseorang itu jika dia hanya pandai dalam akademiknya tetapi buruk perangainya. Melihat keadaan ini, saya dan rakan-rakan terpanggil untuk menyediakan sebuah blog bertajuk adab bermasyarakat sebagai satu usaha kecil dalam membantu masyarakat tidak kira peringkat umur memahami serta menghayati adab-adab yang perlu diamalkan dalam hidup bermasyarakat. Semoga ada manfaatnya untuk semua pengunjung.



Nur Mashitah Mohd Kamal (G 1023554)

Tajuk adab yang dipilih dalam pembinaan blog saya ini, adalah bertujuan untuk menjai salah satu bahan untuk saya berdakwah kepada masyarakat sekarang, yang mana jika dilihat sekarang kebanyakan masyarakat kita tidak lagi mengamalkan gaya hidup masyarakat Islam yang sangat mengutamakan adab-adab dalam kehidupan. Adab merupakan salah satu garis panduan yang telah diajar dan ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. bagaimanakah cara hidup yang anjurkan oleh Islam. Ini kerana adab memainkan peranan penting untuk menjadikan kehidupan masyarakat masyarakat sekarang semakin harmoni dan dirahmati Allah. Kehidupan masyarakat yang berada dengan masyarakat yang tidak beradab adalah jauh bezanya,dengan sebab inilah, saya tertarik untuk menuliskan tajuk ini di dalam blog saya, bertujuan untuk sama-sama kita merenung, menghayati kembali adab-adab yng telah dianjurkan Islam kepada kita, semoga dengan adanya blog ini dapat kita bersama-sama menjadikan kehidupan seharian kita lebih beradab disamping mendapat rahmat darinya. Insya-Allah...






Khatijah binti Mohd Jesa (G 1024130)


Dalam kehidupan bermasyarakat, pastinya kita tidak akan lari daripada berdepan dengan semua golongan iaitu golongan kanak-kanak,ramaja,orang dewasa dan matang dan usia emas,manakala  bangsa terdiri daripada bangsa melayu,  cina dan india Begitu juga dengan agama iaitu agama Islam sendiri, budha,kristian dan lain-lain.Justeru, dalam menjalani kehidupan seharian, adab bermasyarakat dengan mereka amatlah dititikberatkan dalam memelihara keharmonian masyarakat sejagat. Melalui blog ini, kami cuba kongsikan asas-asas dalam memlihara adab bermasyarakat agar ianya sedikit sebanyak mampu membantu kita dalam memlihara perpaduan,kedamaian dan mengurangkan pertelingkahan dan pergaduhan sesama kita. Bagi pelajar dalam kalangan remaja adalah golongan yang perlu diteliti adab dan akhlaknya berikutan banyak gejala sosial dan kes yang telah berlaku disebabkan oleh mereka yang tidak mempunyai adab yang sepatutnya dan tidak mempraktikkan adab-adab yang baik dalam diri mereka atau mungkin mereka tidak didedahkan dengan kaedah atau cara beradab sebenar. Maka, kami yakin dengan kelahiran blog ini mampu mereka di luar sana untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi adab yang baik dalam diri mereka seterusnya melahirkan generasi yang bukan sekadar pintar mindanya malah cantik akhlaknya.


Zunurain Mohamed Nasir (G 1027084)


Setiap perbuatan yang manusia lakukan perlukan tatacara dan adab kesopanan agar dapat mencantikkan keseluruhan perlakuan. Adab kesopanan amat penting dalam kehidupan bagi menunjukkan keperibadian sesuatu kaum dan bangsa sesebuah negara. Semoga peradaban yang dibawakan oleh kami ini dapat mengubah perspektif sahabat-sahabat lain.




Norhidayah Mohammad (G1027264)

Sebagaimana orang yang takbur sentiasa berhasrat untuk memiliki sesuatu dengan tujuan untuk tonjolan dan kebanggaan diri. Mereka berhasrat untuk lebih dari orang lain. Maka segala urusan dengannya tidak akan berjalan dengan adil. Pengajaran Islam amat bertentangan dengan sikap itu. Contohnya dalam adab mengambil makanan dan minuman, Rasulullah saw telah menunjukkan kan cara dengan percakapan dan amalan. Rasulullah bersabda, ‘ Aku makan seperti hamba’ dan caranya. Apabila kita tahu yang Islam mempunyai adab bermasyarakat yang sempurna, maka perlukah kita masih ingin meniru gaya dan budaya barat? Bersederhanalah dalam setiap perbuatan dan percakapan. Orang yang sederhana terselamat dari banyak kesukaran dan kesempitan. Maka, kunjungilah blog saya ini sebagai perkongsian ilmu berkataitan adab bermasyarakat.










No comments:

Post a Comment