Tuesday, 5 June 2012

Adab Berjiran



Maksud

Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita, di kanan, di kiri, di depan, atau di belakang, di tingkat atas atau di tingkat bawah, 40 buah rumah dari setiap penjuru

Jenis-jenis Jiran
  1.  Jiran Muslim dan kerabat
  2. Jiran Muslim dan bukan kerabat
  3. Jiran bukan Muslim
Cara Menyemarak Hubungan Berjiran
  1.  Ziarah menziarahi
  2. Bergotong royong
  3. Menjaga keselamatan rumah jiran
  4. Jauhi perasaan hasad dengki
  5. Pelihara rahsia jiran walaupun berlainan agama
Hikmah Adab Berjiran 

1.     Hidup dlm kedamaian & keharmonian.
2.     Hidup bermasyarakat diberkati Allah.
3.     Kehidupan & kemajuan lebih berkualiti.
4.     Sentiasa berasa selesa dan mendapat pembelaan. 




Adab Berguru



Credit to : http://imzaron.blogspot.com


Cara beradab dengan guru
  1. Memberi salam apabila bertemu
  2. Bercakap dengan bahasa yang sopan
  3. Berterima kasih kepada guru selepas habis belajar
  4. Mengucapkan tahniah /takziah semasa guru mendapat kejayaan/musibah
  5. Menegur sapa dengan guru apabila berjumpa di luar
  6. Menolong guru dengan ikhlas
Adab bersama guru
Credit to : http://jsny.blogspot.com/















Cara mengenang jasa guru


  1. Mendoakan kebaikan dan kebajikan guru
  2. Tetap berhubung dengan guru biarpun telah tamat belajar
  3. Berterima kasih dengan guru jika beroleh kejayaan
  4. Hormat guru setiap masa
  5. Menziarahi guru


Hikmah menghormati guru


  1. Ilmu yang dipelajari diberkati Allah
  2. Dikurniakan taufik dan hidayah
  3. Melatih diri sentiasa menghormati pemimpin dan orang yang lebih tua
  4. Membentuk peribadi dan akhlak mulia
  5. Mudah ingat dan faham ajaran guru

Monday, 4 June 2012

Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan

Konsep


Menjaga fitrah lelaki dan perempuan bermaksud menjaga tingkah laku atau tutur kata yang bersopan dan menjaga sifat semula jadi sebagai seorang lelaki dan perempuan berdasarkan syariat Islam.




Perbuatan yang menyalahi fitrah kelelakian dan keperempuanan

  • Perempuan bersikap seperti lelaki
  • Lelaki bersikap seperti perempuan
  • Lelaki/perempuan menukar jantina
  • Lelaki/perempuan menyukai kaun sejenisnya



Akibat menyalahi fitrah kelelakian dan keperempuanan


Di dunia: 

  • Maksiat berleluasa
  • Disisih masyarakat
  • Terkena penyakit berbahaya
  • Berlaku maksiat luar tabi'i
Di akhirat:

  • Nabi tidak mengaku sebagai umatnya
  • Dilaknat oleh Allah

Lelaki berpakaian seperti perempuan


Perempuan bergaya seperti lelaki    

Pengertian

Hendaklah disedari sekarang bahawa adab bermasyarakat adalah sebahagian daripada agama yang tidak boleh dipisahkan. Seorang Islam yang sempurna ialah yang dapat melaksanakan segala bahagian agama. Di dalam segala segi dia hendaklah bertingkah laku sebagai seorang Islam. Tidak boleh menyerupai orang-orang kafir.



Adab bermasyarakat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya:
  •    Adab menjaga fitrah lelaki dan perempuan
  •    Adab berguru
  •    Adab berkawan
  •    Adab menuntut ilmu
  •    Adab berjiran
  •    Adab di masjid dan di surau
  •    Adab bercakap dalam majlis
  •    Adab melayan tetamu        
Kita akan mengupas adab-adab berikut satu persatu pada post yang seterusnya insyaAllah.

Pengenalan

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, dengan berkat pertolongan Allah s.w.t. kumpulan kami berjaya menghasilkan sebuah blog berteraskan pendidikan Islam sebagai memenuhi keperluan subjek Technology and Innovation in Education, Diploma Pendidikan MARA-UIA 2010-2013.


Semoga dengan terhasilnya blog ini, diharapkan dapat membantu para pelajar dan sesiapa juga mempelajari, memahami dan menghayati adab bermasyarakat dalam kehidupan seharian, insyaAllah.


Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan adalah dialu-alukan.


Terima kasih dan selamat menuntut ilmu.